Apa itu kemurungan?
Kemurungan adalah penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi , bunuh diri. Kini penyakit tersebut bukan sahaja merangkumi golongan dewasa malah turut melanda remaja 
Mengapakah remaja melalui kemurungan?
Remaja melalui kemurungan atas pelbagai sebab, antaranya adalah tekanan persekitaran, peperiksaan, masalah keluarga atau dengan rakan-rakan di sekolah.
Pendapat orang tentang kemurungan remaja?
Sesetengah orang berpendapat bahawa kemurungan remaja hanyalah sekadar perubahan angin dan sikap melankolik yang sesekali melanda golongan ini. Sebaliknya, kemurungan atau depresi merupakan masalah serius yang memberi impak kepada setiap aspek kehidupan remaja berkenaan.
Kesan kemurungan memanjang?
Jika dibiarkan tanpa rawatan ia mampu menimbulkan masalah lebih besar di rumah dan sekolah. Lebih tragik lagi jika remaja itu terlibat dengan dadah, membenci diri sendiri, bertindak ganas dan akhirnya membunuh diri. Walaubagaimanapun, penyakit tersebut boleh dirawat dengan bantuan ibu bapa, guru atau rakan yang paling rapat dengan mereka.
http://www.izieherb.net/kemurunganremaja.htm

Simptom-simptom kemurungan:
  1. kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
  2. hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  3. cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  4. perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
  5. perasaan bersalah dan tidak berguna.
  6. gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  7. hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  8. “rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  9. rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  10. kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
  11. simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.
http://sibintang.com/2009/07/11-tips-mencegah-kemurungan/


bagaimana dapat ia dirawat?Antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah:
Menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, sepert
-Ibu bapa
-Ahli keluarga yang dipercaya
-Kaunselor sekolah
-Guru agama
Jadilah sahabat yang sentiasa memberi sokongan dengan:
-Mendengar
-Menghibur hati
-Menasihati

ATAU 
Memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih berkelayakan:
-Doktor Ahli 
-Psikologi Pakar 
-Psikiatri
 


Comments




Leave a Reply

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    April 2011

    Categories

    All

    RSS Feed