Penderaan
Definasi
Penderaan adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia. Penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual. Terdapat penderaan kanak kanak, isteri, pembantu rumah, haiwan dan mental. Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak.
Siapa yang biasanya mendera kanak-kanak?
Penderaan kanak-kanak merujuk kepada penderaan seorang kanak-kanak bawah umur oleh dewasa, atau seseorang yang jauh lebih tua atau dalam kedudukan berkuasa atau mengawal kanak-kanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai stimulasi bagi orang tersebut atau orang lain.
Jenis penderaan
Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-
1) Penderaan fizikal kanak-kanak.
2) Penderaan mental kanak-kanak.
3)Penderaan seksual kanak-kanak.
1) Penderaan fizikal kanak-kanak.
2) Penderaan mental kanak-kanak.
3)Penderaan seksual kanak-kanak.
Fizikal
Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
Kelakuan yang dianggap penderaan fizikal:
Kelakuan yang dianggap penderaan fizikal:
- memukul
- menendang
- memijak
- menumbuk
- mencaci maki
- menyepak
- mecocok
- menyeret
- menarik
- mencubit
Mental
Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan.
Lima kategori sikap tingkah laku buruk orang dewasa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan mental adalah :-
Lima kategori sikap tingkah laku buruk orang dewasa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan mental adalah :-
- penolakan,
- pengasingan,
- menakutkan,
- sikap tidak peduli
- sikap merasuah fikiran.
Seksual
Penderaan seksual kanak-kanak merupakan salah satu daripada penderaan kanak-kanak, dan merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual. Penderaan seksual kanak-kanak merujuk kepada penderaan seksual seorang kanak-kanak bawah umur oleh dewasa, di mana kanak-kanak digunakan sebagai stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain. Penderaan seksual kanak-kanak mampu menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak dan kedua-dua kecederaan psychologikal dan emosi bagi jangka pendek dan jangka panjang, termasuk kemurungan klinikal,kecacatan tekanan post trauma (post-traumatic stress disorder), kerisauan, kecenderungan bagi menjadi pemangsa apabila dewasa dan simptom lain.
Penderaan seksual kanak-kanak merangkumi :
Penderaan seksual kanak-kanak merangkumi :
- Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
- Menyentuh bahagian sulit.
- Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
- Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
- Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
- Membuat panggilan telefon lucah,
- Merogol.
- Melakukan seks oral.
- Meliwat.
- Melacurkan.
- Mengintai.
- Mencium.
- Mengusap.
- Mempamerkan aksi lucah.
Mengapa mendera?
terdapat pelbagai faktor dan sebab mengapa dewasa mendera kanak kanak.
Tekanan kerja
Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya.
Masalah kewangan
Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan.
Masalah keluarga
Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Pendidikan agama
Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.